SMART CONSUMER DAY 2026
Sempena Program Jualan Rahmah MADANI PUSPANITA Kebangsaan 2026 pada 26 November 2026 bertempat di Dewan De' Seri Endon, Putrajaya.
Program ini menampilkan Ceramah Kepenggunaan bertajuk "Jangan Sampai Kena Tipu" yang disampaikan oleh Dr. Malar Santhi.
Sesi ini memfokuskan kepada panduan membuat pilihan bijak dalam memilih produk kesihatan dan kecantikan termasuk produk penjagaan kulit, suntikan kurus dan suntikan vitamin.
Para peserta turut didedahkan dengan kebaikan dan risiko produk-produk tersebut agar sentiasa berwaspada dan menyemak kelulusan pihak berkuasa sebelum membeli dan tidak mudah terpedaya dengan tuntutan berlebihan yang boleh memudaratkan kesihatan.
Jadilah Pengguna Bijak, Berbelanja dengan Berhemah!
#PUSPANITAKebangsaan #SmartConsumerDay #JualanRahmahMadani2026
#PenggunaBijak
... See MoreSee Less





1 CommentsComment on Facebook
Dari belakang tabir hingga ke kemuncak acara!
Inilah rangkuman perjalanan menjayakan Pertandingan Akhir PUSPANITA Idol Junior 2026 sempena Penganjuran Program Jualan Rahmah MADANI PUSPANITA Kebangsaan 2026 pada 27 November 2026 bertempat di Dewan Pusat Aktiviti Setia Perdana, Putrajaya.
Acara yang penuh meriah dan menghiburkan dengan persembahan hebat daripada para peserta cilik yang berbakat besar.
#puspanitakebangsaan #ProgramJualanRahmahMadani #puspanitaidoljunior2026
... See MoreSee Less
1 CommentsComment on Facebook
Sorotan lensa dari fasa persiapan sehingga selesai Smart Consumer Day sempena Penganjuran Program Jualan Rahmah MADANI PUSPANITA Kebangsaan 2026 pada 26 November 2026 di Dewan De' Seri Endon, PUSPANITAPURI, PUTRAJAYA🎥
Program yang padat dengan perkongsian ilmu melalui sesi ceramah serta aktiviti interaktif Smart Consumer Quest dalam melahirkan pengguna bijak.
#PUSPANITAKebangsaan #ProgramJualanRahmahMADANI #SmartConsumerDay
... See MoreSee Less
1 CommentsComment on Facebook
MAJLIS PERASMIAN PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI PUSPANITA KEBANGSAAN 2026
📅 25 November 2026
📍 Dewan De’Seri Endon, PUSPANITAPURI, Putrajaya
Sekitar kemeriahan Majlis Perasmian Program Jualan RAHMAH MADANI PUSPANITA Kebangsaan 2026 anjuran bersama @kpdnhep yang disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Dr. Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara merangkap Penasihat PUSPANITA.
Turut hadir memeriahkan majlis ialah YBhg. Puan Sri Datuk Maheran binti Jamil (Yang Dipertua PUSPANITA), YBhg. Dato’ Seri Mohd Sayuthi bin Bakar (KSU KPDN), YBhg. Datin Seri Zuraida binti Dahari (Pengerusi PUSPANITA Cawangan KPDN), barisan Ahli Majlis Tertinggi dan Jawatankuasa Kerja Tertinggi PUSPANITA serta pegawai pengurusan tertinggi JPM dan KPDN.
Majlis turut diserikan dengan penyerahan simbolik 350 Bakul Rahmah, 1,020 sumbangan Back to School 2027 serta pelancaran Happy Hour oleh YBhg. Tan Sri KSN.
Jom singgah! Jualan masih berlangsung sehingga 27 November 2026 di PUSPANITAPURI dengan pelbagai tawaran harga berpatutan untuk semua. 🛍️
#JualanRahmahMADANI2026
#PUSPANITAKebangsaan #PUSPANITAPURI
#KPDN #MalaysiaMADANI
... See MoreSee Less





1 CommentsComment on Facebook
Video Rangkuman Persiapan terakhir menjelang Jualan RAHMAH MADANI PUSPANITA Kebangsaan 2026 dengan kerjasama KPDN!
Pelbagai tawaran menarik menanti anda pada 25 – 27 November 2026 di PUSPANITAPURI, Putrajaya.
Jangan lepaskan peluang!
... See MoreSee Less
2 CommentsComment on Facebook
Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) merafak sembah dan menzahirkan ucapan setinggi-tinggi tahniah sempena ucap Selamat Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-68 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada 22 November 2026 bersamaan 12 Jamadilakhir 1448H.
Semoga Allah SWT melanjutkan usia Tuanku, mengurniakan kesihatan yang berpanjangan serta kesejahteraan dan keberkatan dalam pemerintahan Tuanku.
#puspanita
#puspanitakebangsaan
... See MoreSee Less
1 CommentsComment on Facebook
Setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan terima kasih kepada YBhg. Puan Sri Dr. Azlifah binti Bahari atas segala jasa, bakti dan sumbangan yang tidak ternilai sepanjang memegang amanah sebagai Timbalan Yang Dipertua I PUSPANITA.
Segala komitmen dan dedikasi YBhg. Puan Sri Dr. dalam memperkasakan peranan serta kebajikan warga PUSPANITA amatlah dihargai dan akan sentiasa menjadi sumber inspirasi buat kami semua.
Selamat menempuh alam persaraan bersama keluarga tercinta.
Semoga YBhg. Puan Sri Dr. sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan dan keberkatan berpanjangan.
Ikhlas daripada:
Puan Sri Datuk Maheran binti Jamil
Yang Dipertua PUSPANITA
&
Seluruh Warga Kerja PUSPANITA Kebangsaan
... See MoreSee Less
3 CommentsComment on Facebook
Assalamualaikum dan salam sejahtera!
Jom sertai Tazkirah Dhuha Siri 12 anjuran PUSPANITA Kebangsaan bertajuk "Kerana Jalan Syurga Kita Berbeza" bersama Ustazah Nazirah binti Abu Bakar.
🗓️ : 30 November 2026 (Isnin)
⏰: 10.00 – 11.30 pagi
📍: TikTok Live & Facebook Live PUSPANITA
🎁 Kuiz interaktif dan hadiah menarik turut disediakan!
Jangan lepaskan peluang untuk mengisi pagi Isnin anda dengan pengisian rohani yang bermakna.
#PUSPANITAKebangsaan
#TazkirahDhuha #KeranaJalanSyurgaKitaBerbeza
... See MoreSee Less
1 CommentsComment on Facebook
Feel the music, move with soul 💃
What a super happening evening at the Program Vitaliti Sihat PUSPANITA 2026: Salsation session yesterday (18 Nov 2026)!
High energy, great vibes and plenty of sweat. Thanks to everyone who joined and made it so fun!
#puspanitakebangsaan
#vitalitisihat2026
#salsation
... See MoreSee Less
1 CommentsComment on Facebook
Selesai berlangsungnya sesi Kunjungan Hormat daripada delegasi PUSPANITA Cawangan Negeri Kelantan yang diketuai oleh YBhg. Datin Sharidah binti Hamad, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Negeri Kelantan pada 18 November 2026.
Kehadiran delegasi telah disambut mesra oleh YBhg. Puan Sri Datuk Maheran binti Jamil, Yang Dipertua PUSPANITA.
Sesi ini turut diisi dengan pembentangan keseluruhan program sepanjang tahun 2026 oleh PUSPANITA Cawangan Negeri Kelantan serta perbincangan mengenai perancangan projek kolaborasi akan datang bersama PUSPANITA Kebangsaan.
PUSPANITA Kebangsaan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YBhg. Datin Sharidah atas segala jasa, komitmen serta bakti yang telah dicurahkan sepanjang menerajui PUSPANITA Cawangan Negeri Kelantan menjelang persaraan beliau tidak lama lagi.
Selamat bersara diucapkan dan semoga ukhuwah yang terjalin ini akan terus berkekalan.
#KunjunganHormat
#puspanitakebangsaan
#pcnkelantan
... See MoreSee Less





2 CommentsComment on Facebook
PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI PUSPANITA Kebangsaan 2026 dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengajak semua warga Putrajaya dan sekitar PUTRAJAYA untuk hadir ke Jualan Rahmah MADANI istimewa sempena persiapan musim persekolahan 2027!
📆 25 – 27 November 2026 (Rabu – Jumaat)
⏰ 9.00 pagi – 10.00 malam
📍 PUSPANITAPURI & Pusat Aktiviti Setia Perdana, Presint 10, Putrajaya
Nikmati pelbagai tawaran dan aktiviti menarik seperti:
🛒 Jualan keperluan asas & kelengkapan sekolah bersama GT Mart, Giant, NEKMAT, FAMA, LPP & Pusat Pakaian Hari-Hari.
💥 Pelancaran Jualan Happy Hour bersama YBhg. KSN (25 Nov)
💄 Ceramah Kepenggunaan bersama Dr. Malar Santhi: "Cantik Jangan Sampai Kene Tipu!" (26 Nov)
🧭 Pertandingan eksplorasi Smart Consumer Quest (26 Nov)
🎤 Pertandingan Akhir PUSPANITA Idol Junior 2026 (27 Nov)
🏆 Penyampaian hadiah Pertandingan Kreativiti Digital PUSPANITA (27 Nov)
Jom datang beramai-ramai dan rebut peluang mendapatkan barangan pada harga rahmah untuk seisi keluarga!
#PUSPANITA #PUSPANITAKebangsaan #JualanRahmahMADANI
#Backtoschool
... See MoreSee Less




1 CommentsComment on Facebook
Rahmah itu Berkat, Berbelanja Sambil Berjimat!
SAVE THE DATE! 🔖
Tiga hari penuh dengan tawaran harga runtuh untuk barangan asas, kelengkapan sekolah dan pelbagai produk usahawan.
Jom serbu tapak jualan kami:
🗓️ 25 – 27 November 2026
⏰ 9.00 pagi - 10.00 malam
📍 PUSPANITAPURI & PUSAT AKTIVITI SETIA PERDANA, Presint 10, Putrajaya.
Barisan rakan strategik hebat seperti Giant, GT Mart, Pusat Pakaian Hari-Hari dan ramai lagi menanti anda dengan promosi kaw-kaw! 💰💯
Jumpa anda semua di sana!
#PUSPANITAKebangsaan #JualanRahmahMadani #KembaliKeSekolah #MalaysiaMadani
... See MoreSee Less
2 CommentsComment on Facebook
Dewan berkarpet yang meliputi keseluruhan dewan menjamin keselesaan pengunjung
Kemudahan Sarung Kerusi & Alas Meja Bulat disediakan.
Tempah Kemudahan Gelanggang Sukan PUSPANITAPURI, PUTRAJAYA
Kemudahan Gelanggang Futsal, Tenis, Bola Tampar/Sepak Takraw & Bola Jaring disediakan
Tempahan Bilik Penginapan Di Bangunan PUSPANITAPURI
Kemudahan Apartment (3 Bilik), Bilik Queen & Bilik Single
Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia
Dengan keahlian melebihi 100,000 ahli
PUSPANITA
VISI DAN MISI
PUSPANITA Kebangsaan
Visi
PUSPANITA Dinamik, Inovatif dan Responsif
Misi
Memperkasa dan Merakyatkan PUSPANITA
Moto
"Wanita Sepakat Negara Meningkat"




