This message is only visible to site admins
Problem displaying Facebook posts. Backup cache in use.
Type: OAuthException
2 months ago
PUSPANITA Kebangsaan telah menerima 𝐤𝐮𝐧𝐣𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐡𝐨𝐫𝐦𝐚𝐭 𝐝𝐚𝐫𝐢𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐛𝐚𝐫𝐢𝐬𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐢𝐦𝐩𝐢𝐧𝐚𝐧 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐂𝐚𝐰𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐦𝐞𝐧𝐭𝐞𝐫𝐢𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐫𝐣𝐚 𝐑𝐚𝐲𝐚 (𝐊𝐊𝐑) pada 3 Oktober 2025.
Delegasi kunjungan hormat tersebut diketuai oleh Pengerusi Cawangan, Datin Seri Rosmawati binti Hassan berserta lima (5) orang wakil daripada cawangan kementerian tersebut.
Dalam sesi ini, Yang Dipertua PUSPANITA, YBhg. Puan Sri Maheran binti Jamil telah berkongsi pelbagai isu serta perancangan program-program di bawah PUSPANITA Kebangsaan, di samping mengulas berkenaan perancangan program di bawah cawangan KKR.
PUSPANITA Kebangsaan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak PUSPANITA Cawangan KKR dan berharap agar cawangan tersebut meneruskan komitmen yang cemerlang dalam mendukung aspirasi persatuan. ... See MoreSee Less
- Likes: 1
- Shares: 0
- Comments: 0
2 months ago
Bersedia untuk cabaran penuh tenaga sempena sambutan Hari Sukan Negara peringkat PUSPANITA Kebangsaan? 💃
Ayuh sertai 2-Hour Cardio Dance Marathon – gabungan pelbagai tarian yang pasti membakar kalori!
📅 Tarikh: 16 Oktober 2025 (Khamis)
⏰ Masa: 8:00 pagi
📍 Penyertaan ditutup: 10 Oktober 2025 (Jumaat)
👥 Borang penyertaan dikemukakan melalui Setiausaha Cawangan. Terhad kepada 36 pasukan sahaja – siapa cepat dia dapat!
Daftar sekarang, gerakkan badan, dan nikmati irama!
#2hourdancemarathon2025 #harisukannegara #harisukannegara2025 #puspanita ... See MoreSee Less
2 months ago
PUSPANITA Kebangsaan telah menerima kunjungan hormat daripada barisan kepimpinan PUSPANITA Cawangan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) pada 19 September 2025.
Delegasi kunjungan hormat tersebut diketuai oleh Pengerusi Cawangan MOTAC, Datin Yuzaira binti Yusoff bersama-sama Timbalan Pengerusi Cawangan MOTAC, Datin Che Rokiah binti Mahmod, berserta lapan (8) orang wakil daripada Cawangan Kecil PUSPANITA di bawah kementerian tersebut.
Dalam sesi ini, Yang Dipertua PUSPANITA, YBhg. Puan Sri Maheran binti Jamil telah berkongsi pelbagai isu serta perancangan program-program di bawah PUSPANITA Kebangsaan kepada pihak MOTAC, di samping membincangkan inisiatif kolaborasi yang boleh dilaksanakan bersama.
PUSPANITA Kebangsaan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak PUSPANITA Cawangan MOTAC dan berharap agar cawangan tersebut meneruskan komitmen yang cemerlang dalam mendukung aspirasi persatuan di peringkat kementerian. ... See MoreSee Less
2 months ago
Tanggal 16 September 1963 menyaksikan penyatuan Sabah, Sarawak dan Tanah Melayu sebagai sebuah negara berdaulat dan sehingga kini perpaduan ini menjadi asas kekuatan Malaysia.
Dalam kepelbagaian budaya dan kepercayaan, marilah kita terus bersama membina negara yang progresif dan gemilang.
Selamat Hari Malaysia diucapkan, ikhlas dari PUSPANITA Kebangsaan.
#harimalaysia
#MalaysiaBersama
#SayangiMalaysiaku
#MalaysiaMadaniRakyatDisantuni
#puspanitakebangsaan ... See MoreSee Less
2 months ago
PUSPANITA Kebangsaan telah menerima kunjungan hormat daripada bakal Pengerusi PERWAKILAN Cawangan Luar Negeri pada 11 September 2025.
Delegasi kunjungan hormat tersebut disertai oleh Datin Zuhaila binti Abd Latif (Thailand), Datin Sharifah Fadhlina binti Syed Abdullah (Arab Saudi), Datin Tengku Zakiah binti Tengku Zahid (Afrika Selatan), Datin Sharipah binti Ab. Raman (Brazil) dan Puan Lilis Surianty binti Mior Aziz (Jerman).
Dalam pertemuan ini, Yang Dipertua PUSPANITA, YBhg. Puan Sri Maheran binti Jamil telah berkongsi pelbagai pandangan, isu serta tips berguna berkaitan tugasan di luar negeri.
PUSPANITA Kebangsaan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan mendoakan mereka terus berkhidmat dengan penuh dedikasi dan membawa imej cemerlang Malaysia di mata dunia 🇲🇾 ... See MoreSee Less
3 months ago
“Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW), wahai orang-orang beriman, berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya” (Al-Ahzab:56).
Salam Maulidur Rasul 🌙
Ikhlas daripada:
PUSPANITA Kebangsaan
#MaulidurRasul
#PUSPANITAKebangsaan
#SalamMaulidurRasul ... See MoreSee Less
3 months ago
𝙋𝙧𝙤𝙜𝙧𝙖𝙢 𝙋𝙐𝙎𝙋𝘼𝙉𝙄𝙏𝘼 𝙑𝙞𝙩𝙖𝙡𝙞𝙩𝙞 𝙎𝙞𝙝𝙖𝙩: 𝙕𝙪𝙢𝙗𝙖 telah berlangsung dengan jayanya pada 3 September 2025. Terima kasih diucapkan kepada semua peserta yang telah bersama-sama menjayakan program ini.
Semoga aktiviti yang dijalankan dapat memberi manfaat dari segi kesihatan fizikal dan mental, di samping mempereratkan lagi silaturahim dalam kalangan ahli. 🌸
#puspanitakebangsaan #vitalitisihat #wanitacergas ... See MoreSee Less
PUSPANITA Kebangsaan - RASMI is at Dewan Puspanitapuri Dewan Sri Endon Putrajaya.
3 months ago
🌟💃 *PUSPANITA Vitaliti Sihat kembali lagi!* 💃🌟
Kali ini dengan edisi penuh energy — *”ZUMBA”* 🎶✨
📅 3 September 2025 (Rabu)
🕠 5.30 – 6.30 petang
📍 De’ Seri Endon, PUSPANITAPURI Putrajaya
jom kita berzumba sambil kekal sihat, aktif & positif! 💜
Hanya *RM8 sahaja* 🔥
📌 Pakaian: Pakaian Sukan
📌 Daftar sekarang dengan imbas QR atau tekan link : docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScD2fFjejanfZvIK1tUp0rfXsR0tDJ5Q6x4feCYg2bwXc9d2A/viewform
✨ Ajak geng & rakan pejabat sekali (Wanita Sahaja) — lagi ramai lagi meriah! ✨
#PUSPANITA #VitalitiSihat #zumba #LangkahAktifHidupPositif ... See MoreSee Less
3 months ago
✨ 𝐓𝐡𝐞 𝐊-𝐏𝐨𝐩 𝐃𝐚𝐧𝐜𝐞 𝐅𝐞𝐯𝐞𝐫 !
*𝐓𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚 𝐤𝐚𝐬𝐢𝐡 𝐚𝐭𝐚𝐬 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐫𝐭𝐚𝐚𝐧 𝐥𝐮𝐚𝐫 𝐛𝐢𝐚𝐬𝐚 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐕𝐢𝐭𝐚𝐥𝐢𝐭𝐢 𝐒𝐢𝐡𝐚𝐭: — "𝐊-𝐏𝐨𝐩 𝐃𝐚𝐧𝐜𝐞 𝐅𝐞𝐯𝐞𝐫"
🔥 Dibimbing khas daripada "𝗩𝗜𝗫𝗘𝗡 𝗗𝗔𝗡𝗖𝗘 𝗖𝗥𝗘𝗪" yang sangat bertenaga!
Teruskan gaya hidup aktif & sihat. Jumpa lagi di program akan datang! Annyeonghi gaseyoooo""🫰
#K-PopDance
#PUSPANITAVitalitiSihat
#LangkahAktifHidupPositif
#PUSPANITAKebangsaan ... See MoreSee Less
3 months ago
🌸 𝑺𝒆𝒍𝒂𝒎𝒂𝒕 𝑴𝒆𝒏𝒚𝒂𝒎𝒃𝒖𝒕 𝑯𝒂𝒓𝒊 𝑾𝒂𝒏𝒊𝒕𝒂 𝑲𝒆𝒃𝒂𝒏𝒈𝒔𝒂𝒂𝒏 2025!🌸
25 Ogos bukan sekadar tarikh, tetapi hari istimewa untuk kita meraikan kehebatan, ketabahan dan sumbangan wanita dalam membentuk keluarga, masyarakat serta negara. Wanita adalah nadi kekuatan, sumber inspirasi dan pencetus perubahan yang membawa kemajuan.
Semoga semangat wanita terus menyinar dengan keberanian, kebijaksanaan dan kasih sayang dalam setiap langkah yang diatur. Bersama kita angkat martabat wanita dan teruskan perjuangan untuk masa depan yang lebih gemilang.
✨ Ayuh kita raikan wanita hebat hari ini, esok dan selamanya!
#hariwanitakebangsaan2025
#puspanitakebangsaan ... See MoreSee Less
3 months ago
✨💃 𝙍𝙀𝘼𝘿𝙔 𝙏𝙊 𝙁𝙀𝙀𝙇 𝙏𝙃𝙀 𝙆-𝙋𝙊𝙋 𝘿𝘼𝙉𝘾𝙀 𝙁𝙀𝙑𝙀𝙍?💃✨
PUSPANITA bawakan untuk anda sesi Vitaliti Sihat dengan tema penuh energy — 𝙆-𝙋𝙊𝙋 “𝘿𝙖𝙣𝙘𝙚 𝙁𝙚𝙫𝙚𝙧”! 🎶🔥
📅 27 Ogos 2025 (Rabu)
🕠 5.30 – 6.30 petang
📍 De’ Seri Endon, PUSPANITAPURI Putrajaya
Dibimbing khas oleh 𝙑𝙄𝙓𝙀𝙉 𝘿𝘼𝙉𝘾𝙀 𝘾𝙍𝙀𝙒
, jom rasai vibes K-pop sebenar sambil kekal sihat & aktif! 🌟
Yuran hanya RM8 sahaja 🤩
👉 Pakaian: Sukan bertema K-pop
👉 Imbas QR untuk daftar sekarang!
Jangan lepaskan peluang ni — ajak geng, rakan pejabat & jiran sekali. Jom kita gegarkan dengan semangat Langkah Aktif, Hidup Positif! 💜✨
#PUSPANITA #VitalitiSihat #KpopDanceFever #LangkahAktifHidupPositif ... See MoreSee Less
4 months ago
🌟Bengkel Keusahawanan PUSPANITA Sesi 4 Tahun 2025 “Kemahiran dan Kreativiti Pemangkin Kejayaan”
Bengkel ini dengan tema “Glow to Work: Make Up for Office Glam” telah berlangsung dengan jayanya pada 2 Ogos 2025 (Sabtu).
Bengkel ini membuka ruang kepada para peserta untuk mempelajari tips penjagaan wajah dan teknik solekan profesional yang sesuai untuk penampilan di tempat kerja, sekaligus meningkatkan keyakinan diri dan potensi diri.
Terima kasih kepada tenaga pengajar dari SLAE Cosmetics serta semua yang telah hadir menjayakan bengkel ini.
📲 Ikuti kami di media sosial rasmi untuk info dan aktiviti terkini:
💟 Facebook: PUSPANITA Kebangsaan - RASMI
💟 Instagram: @puspanita.kebangsaan
💟 WhatsApp Channel: PUSPANITA Kebangsaan
#PUSPANITAKebangsaan
#BengkelKeusahawananPUSPANITA
#GlowToWork
#TampilYakin
#CantikBergaya ... See MoreSee Less
Dewan berkarpet yang meliputi keseluruhan dewan menjamin keselesaan pengunjung
Kemudahan Sarung Kerusi & Alas Meja Bulat disediakan.
Tempah Kemudahan Gelanggang Sukan PUSPANITAPURI, PUTRAJAYA
Kemudahan Gelanggang Futsal, Tenis, Bola Tampar/Sepak Takraw & Bola Jaring disediakan
Tempahan Bilik Penginapan Di Bangunan PUSPANITAPURI
Kemudahan Apartment (3 Bilik), Bilik Queen & Bilik Single
Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia
Dengan keahlian melebihi 100,000 ahli
PUSPANITA
VISI DAN MISI
PUSPANITA Kebangsaan
Visi
PUSPANITA Dinamik, Inovatif dan Responsif
Misi
Memperkasa dan Merakyatkan PUSPANITA
Moto
"Wanita Sepakat Negara Meningkat"

