Adalah dimaklumkan bahawa Biro Keusahawanan PUSPANITA Kebangsaan akan menganjurkan satu program dengan usaha sama Pusat Latihan & Kraf tangan Epal yang bertujuan untuk mendidik ahli PUSPANITA menjadi ahli masayarakat yang dapat memelihara alam sekitar melalui seni jahitan. Program ini akan dijalankan seperti butiran berikut:
Tarikh : 10 Februari 2010
Masa : 8.30 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : PUSPANITAPURI, Putrajaya
Program ini adalah dibuka kepada 40 orang peserta sahaja, dan HANYA SEORANG WAKIL dipilih untuk setiap cawangan PUSPANITA. Pemilihan penyertaan adalah di bawah bidang kuasa Biro Keusahawanan yang berdasarkan maklum balas terawal yang di terima. Peserta yang dipilih mestilah membuat persediaan seperti di bawah ini:
a) Membawa perlaatan jahitan seperti gunting, pembaris, pita pengukur, kapur dan jarum peniti. (20 buah mesin jahit disediakan.)
b) Membawa pakaian yang tidak digunakan lagi (dibasuh terlebih dahulu) dan dapatkan:
i. Ukuran kain 22 x 37 - 1 keping
ii. Ukuran kain 15 x 20 - 1 keping
iii. Butang ketip(besi) 1 biji
iv. Benang yang warnanya bersesuaian dengan kain
Berikut adalah atur cara majlis :
8.00 pagi Pendaftaran Peserta (dan sarapan pagi)
9.00pagi Ucapan Perasmian oleh
YBhg Pn Sri Wan Noorlina binti Wan Hussin, Yang Di Pertua PUSPANITA
9.15pagi Sesi Taklimat
- Kepentingan seni jahitan untuk wanita
- Mengapa kita perlu menjalankan tanggungjawab untuk
menjaga alam sekitar
10.00 pagi Minum Pagi dan Melawat Pameran
10.45 pagi Sesi I Menjahit Bermula (20 orang yang pertama)
12.30 tgh Bersurai
12.45 tgh Makan Tengah Hari dan Solat
2.00 petang Sesi II : Menjahit Bermula (20 orang yang kedua)
4.00 petang Minum petang
Surat edaran jemputan telah dihantar pada 26hb Jan 2010 ke setiap cawangan PUSPANITA dan kerjasama dan perhatian Y.Bhg Puan Sri/ To Puan/Dato/Datin Paduka/Datin dalam memberi maklumbalas sebelum atau pada 8hb Februari 2010 kepada Pn Hjh Khirrani Othman (khirr55@gmail.com); Pn Zalena Ahmad (zalena@kettha.gov.my) bagi memudahkan perancangan program.
Sama-samalah kita menerapkan sikap berjimat cermat melalui KITAR SEMULA.
Sekian terima kasih.
Tarikh Hantar :
10 FEBRUARI 2010
PENAFIAN : PUSPANITA KEBANGSAAN TIDAK BERTANGGUNG-JAWAB TERHADAP SEBARANG KEHILANGAN ATAU KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.