Selamat datang ke laman web PUSPANITA Kebangsaan (www.puspanita.org.my).
Di zaman teknologi maklumat dan dunia globalisasi kini, PUSPANITA berpendapat internet adalah salah satu landasan yang amat berkesan untuk merapatkan lagi rangkaian perhubungan dan sillaturrahim antara ahli dengan persatuan, persatuan dengan persatuan yang lain, di dalam dan juga di luar negeri.
Internet juga penghubung rangkaian perniagaan e-Dagang yang membantu merealisasikan harapan kaum wanita mengurus dan memperluaskan perniagaan mereka dengan memperdagangkan produk dan khidmat kepada pelanggan sasaran secara global. Internet juga membuka luas peluang-peluang ke arah 'life-long learning' yang tiada noktahnya.
Laman web PUSPANITA ini merupakan gerbang untuk mencapai ilmu yang tidak ada batasannya. Kemudahan dan aplikasi yang dibangunkan di laman web ini membuka luas peluang-peluang untuk ahli-ahlinya bertindak untuk meningkatkan diri masing-masing supaya dapat menyumbang kepada kemajuan kendiri. keluarga, masyarakat dan negara tercinta.
"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"
|
PENAFIAN : PUSPANITA KEBANGSAAN TIDAK BERTANGGUNG-JAWAB TERHADAP SEBARANG KEHILANGAN ATAU KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.
|