Pusat Pemeriksaan Kesihatan Wanita PUSPANITA

Feature image

Pusat Pemeriksaan Kesihatan Wanita PUSPANITA adalah satu inisiatif di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (National Blue Ocean Strategy, NBOS) yang melibatkan jalinan kerjasama dan kolaborasi di antara PUSPANITA, Kementerian Kesihatan Malaysia dan Jabatan Perdana Menteri. Ia terbuka kepada semua kaum wanita warga Malaysia yang mahu mengetahui tahap kesihatan serta mendapatkan khidmat nasihat yang sesuai untuk mereka. Dengan itu, kita berharap kaum wanita khususnya tidak akan melepaskan peluang keemasan ini dengan adanya pusat pemeriksaan sebegini.

YBhg Tan Sri Dr. Ali Hamsa,
Ketua Setiausaha Negara merangkap Penasihat PUSPANITA
4 April 2014

Antara perkhidmatan yang disediakan ialah :

1. Pemeriksaan kesihatan penjawat awam wanita sihat.
2. Saringan kesihatan wanita dewasa.
3. Ujian saringan kesihatan mental menggunakan DASS.
4. Pemeriksaan kendiri pelbagai parameter fizikal.
5. Pemeriksaan imbasan Ultrasound.
6. Perkhidmatan perancang keluarga.
7. Perkhidmatan pra-kehamilan.
8. Pemeriksaan gigi.

Alamat : PUSPANITAPURI, Presint 10, Putrajaya
Waktu Operasi : 8.00 am - 5.00 pm (Isnin - Jumaat)
Tel : 03 8888 1090 / 1091
Faks : 03 8888 1080

*Pusat Pemeriksaan ini dibuka kepada umum dan khas untuk wanita sahaja. Semua wanita dewasa berumur 18 tahun ke atas khususnya dan belum mempunyai masalah penyakit kronik digalakkan untuk hadir dan menjalani saringan kesihatan di Pusat Pemeriksaan ini.


Posted on 20/10/2014 by Webmaster

Ruangan Forum PUSPANITA sedang dimuatkan...

       PAUTAN LAMAN